Posts

Showing posts from 2009

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (ISMP)

Berdasarkan keputusan Jemaah Menteri pada 13 Julai 2006, latihan perguruan bagi guru yang akan ditempatkan di sekolah rendah akan dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan di Institut Pendidikan Guru (IPG) manakala latihan bagi guru yang akan dibekalkan ke Sekolah Menengah, Kolej Matrikulasi, Politeknik dan Kolej Komuniti akan dikendalikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA). Mulai sesi Akademik 2007/2008 dalam usaha untuk melahirkan Guru Standard Malaysia, seseorang calon yang ingin menceburi bidang profesion perguruan perlulah menduduki dan lulus Ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) dan temu duga bagi melayakkan mereka mengikuti latihan perguruan di IPG. Bagi calon guru sekolah menengah mereka dikehendaki menduduki dan lulus Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) dan temu duga bagi melayakkan mereka mengikuti program ISMP di IPTA. PERINGATAN: Apa pun maklumat ini masih tertakluk kepada pindaan oleh B

SURAT PEKELILING: PERKHIDMATAN BIL. 7 TAHUN 2009

KEMUDAHAN CUTI KURSUS SAMBILAN (CKS) Kemudahan Cuti Kursus Sambilan (CKS) Kepada Pegawai Yang Mengikut Pengajian Secara Sambilan Di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Dalam Negara Tarikh Kuatkuasa: 29 Mei 2009 "CUTI KURSUS SAMBILAN" bermaksud cuti tidak berekod yang diluluskan oleh Ketua Jabatan tidak melebihi 30 hari dalam setahun pengajian kepada pegawai yang mengikuti pengajian secara sambilan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara bagi menghadiri kursus intensif. "KURSUS SECARA SAMBILAN" bermaksud program pengajian di peringkat Diploma, Ijazah Pertama atau Ijazah Lanjutan secara sambilan/separuh masa atau pendidikan jarak jauh (PJJ) di Institusi Pengajian Tinggi di dalam negara. "INSTITUT PENGAJIAN TINGGI" bermaksud Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi. "KURSUS INTENSIF" bermaksud kursus yang mewajibkan pegawai mengikutinya secara sepenuh masa. "KURSUS YANG

WORLD TEACHERS DAY 2009 "BUILD THE FUTURE: INVEST IN TEACHERS NOW"

5 October is a day to celebrate teachers and the central role play in guiding children, youths and adults through the life-long learning process. This year, World Teachers' Day will focus on the role of teachers within the context of the global financial and economic crisis and the need to invest in teachers now a means to secure post-crisis regeneration. It is critical, during these difficult times, to seek mechanisms that protect the teaching profession. It is also crucial, despite the crisis, to ensure that investment in teachers is sufficient and proportionate to the demands made upon them. It is the teaching force with its knowledge, experience and foresight which can bring new insights to global solutions.

BERMULANYA CUTI AKHIR TAHUN......

HARI INI BERMULANYA CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN..... NAMA JE CUTI TAPI KERJA TETAP ADA UNTUK PERSEDIAAN TAHUN HADAPAN... JADI....CUTI NI KENALAH KE SEKOLAH JUGA..... APA NAK DIKATA... ITULAH TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH YANG PERLU DIPIKUL... SMOGA SAYA AKAN LEBIH TABAH.....INSYAALLAH...

HIKMAH SENYUMAN

Image
Senyuman itu sedekah. Senyuman adalah sifat dan nilai keperibadian seorang insan yang mulia. Senyuman adalah penawar yang mujarab. Senyuman membisikkan doa selamat. Senyuman membuahkan perasaan kasih sayang.      Senyuman adalah kunci kedamaian.

KEMAAFAN DIPOHON....

Maaf, lama tak update blog. Sibuk sangat..

4 LANGKAH BAGAIMANA MENGEKALKAN KESAN PERUBAHAN POSITIF DALAM DIRI

1. Tekad untuk bersikap positif, berfikiran positif sepanjang masa. Elak segala yang negatif walaupun sedikit ( cakapan negatif, fikiran negatif, sikap negatif, tindakan negatif). Unsur negatif yang sedikit akan menghilangkan sikap positif serta merta. Sikap positif akan membuat Anda dapat mengekalkan perubahan dalam diri lantas menyerapnya menjadi sebahagian daripada tabiat biasa. Sikap negatif, walaupun sedikit, akan melunturkan perubahan yang dibina. Selagi sikap negatif tidak dikurangkan, selagi itu kita akan mengalami kesukaran untuk mengekalan kesan perubahan. 2. Disiplin. Jaga disiplin, latih diri berdisiplin dalam mengekalkan perubahan yang dicipta. Sesudah berubah, jika perubahan, kekalkannya dengan disiplin. Disiplin yang terjaga akan membentuk peribadi tersendiri. 3. Ransang diri dengan cakapan-cakapan positif di dalam hati. Ingat kisah-kisah kejayaan orang lain yang pernah Anda baca. Bayangkan bagaimana kecekalan mereka. Jika mereka boleh membentuk kecekalan hati,

MENCARI MALAM YANG LEBIH BAIK DARIPADA SERIBU BULAN

Kasih sayang Allah terhadap hamba-Nya tidak terbatas dengan penciptaan alam dan segala isinya. Malah hamba-Nya dikurniakan pula dengan satu malam yang amat istimewa iaitu Lailatulqadar atau malam yang amat bernilai. Firman Allah S.W.T. dalam surah al-Qadr ayat 3, yang bermaksud: "Malam Lailatulqadar itu lebih baik daripada seribu bulan". Bagi mereka yang ingin mendapatkan keredhaan dan pahala yang banyak dan berganda, maka malam ini amat ditunggu-tunggu. Satu malam beribadat sama pahala dan ganjarannya seperti beribadat selama seribu bulan. Dengan kata lain, sesiapa yang dapat beribadat pada malam tersebut, seolah-olah telah beribadah selama 83 tahun 4 bulan. Betapa besar dan hebatnya nikmat kasih sayang Allah kepada hamba-Nya. Bagi mereka yang tahu menghargainya, ia adalah hadiah yang tidak ternilai, satu kurniaan daripada Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Persoalannya, bilakah berlakunya Lailatulqadar? Itulah persoalan yang sering menjadi tanda tanya. Dalam sebu

SUCIKAN JIWA

Bulan Ramadhan adalah masa terbaik untuk kita menyucikan jiwa. Inilah masa untuk melentur jiwa supaya patuh dan taat pada perintah Allah. Jiwa yang selama ini melakukan maksiat kepada Allah, perlu disucikan. Tidak ada peluang yang lebih baik untuk mensucikan diri selain Ramadhan kerana di bulan yang penuh dengan limpahan keberkatan ini, syaitan dibelenggu sebagai tanda kemuliaan Ramadhan. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud: "Apabila datang Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai/dibelenggu para syaitan". (HR al-Bukhari dan Muslim) Jiwa kita diumpamakan sebagai sebuah mentol yang terang. Namun setiap kali kita melakukan dosa dan maksiat, satu titik hitam akan melekat ke dalam hati dan jiwa kita. Lama kelamaan mentol yang bersinar terang itu akan dilitupi oleh titik hitam sehingga mentol yang terang itu tidak dapat lagi menembuskan cahayanya. Begitulah jiwa kita yang perlu dibersih

RENUNGKANLAH.....

Ilmu adalah warisan para nabi, manakala harta ialah warisan Qarun dan Firaun. Ilmu boleh menjaga kamu, sedangkan harta itu kamu yang menjaganya. Orang yang memiliki ilmu mempunyai ramai teman, sedangkan pemilik harta mempunyai ramai musuh. Ilmu itu akan bertambah jika diamalkan, sedangkan harta akan berkurangan jika dibelanjakan. Pemilik ilmu akan dihormati, sedangkan pemilik harta dikenali sebagai si kedekut. Di hari kiamat pemilik ilmu akan memberi syafaat, manakala pemilik harta akan dihisab. Biarpun masa berlalu, ilmu tidak akan lapuk tetapi harta itu semakin lama semakin usang. Ilmu dapat menerangi hati, tetapi harta boleh mengeraskan hati. Orang berilmu mengakui dirinya hamba Allah, sedangkan orang berharga mengakui dirinya pemilik. Saidina Ali bin Abu Talib

Terpisah jua....

Awak... Air mata saya tumpah lagi... Mengingati awak dan mengimbas kembali saat akhir bersama awak... Mengimbas kembali saat terakhir melihat awak Di bawa pergi dari saya... Sebab pemergian awak takkan kembali lagi Awak pergi selama-lamanya... Awak... Saya rindukan awak, Saya rindukan gelak ketawa awak... Saya rindukan senyuman awak... Saya rindukan gurauan awak... Saya rindukan segala-galanya tentang awak... Tapi sekarang ni, Semuanya tinggal kenangan... Sebab awak dah tak de lagi.. Awak... Tiada lagi kata-kata semangat... Tiada lagi pandangan yang bernas... Tiada lagi sokongan yang padu... dulu....di saat diri memerlukan pandangan dan sokongan... awak hadir menghulurkan tangan... di saat saya mula hilang arah.... awak hadir bersama tujuan... di saat saya menitiskan mutiara mata... awak hadir dengan senyuman menceriakan... tapi...saat itu tiada lagi... saat itu telah berlalu... saat itu takkan kembali... kerana awak tiada lagi... Awak, hanya doa tanpa putus... sejak dari hari awak per

WAWASAN DIRI

Wawasan diri menjadikan kita manusia yang bertujuan, manusia perancang (planned life) dan manusia yang tahu arah yang hendak ditujunya. Manusia bertujuan ini lebih mengutamakan keutamaan dalam hidupnya, yang mana patut didahului dan yang mana harus dikemudiankan. Hidupnya penuh dengan aktiviti kerana setiap aktiviti yang dilakukan itu untuk memenuhi impiannya. Masa bagi orang yang berwawasan cukup berharga, kerana dia tahu, ruang baginya untuk melepak terbatas. Lagi pula, apa yang dilakukan sekarang akan menentukan apa yang diperolehinya nanti. Terbinanya sebuah wawasan juga membolehkan kita nampak masa depan.Wawasan bukanlah angan-angan Mat Jenin, tetapi adalah sebuah manifesto diri yang mengenal pasti masalah silam, merangka langkah pembaikan dan menentukan matlamat yang diidam-idamkan. Justeru itu, sebuah wawasan diri yang baik membolehkan kita nampak masa depan dan tahu peranan yang bakal kita mainkan. Wawasan diri dapat membina dan mengukuhkan keyakinan dir

KATA-KATA MOTIVASI

Orang yang berhenti tidak akan menang dan orang yang menang tidak akan berhenti. Kita tidak boleh berjaya sekiranya kita mengatakan kita akan gagal. Tun Dr. Mahathir Mohamad Bertekadlah, untuk tidak lagi menoleh ke bawah. Pandang ke atas dan lihat puncak kejayaan yang bakal didaki oleh saudara semua. Menyimpang seinci, rugi seribu batu. Pepatah Cina Jangan buat matlamat dan sasaran yang kabur. Lewis Walke Bermuhasabahlah sebelum saudara dimuhasabahkan si akhirat nanti. Muhammad bin Abdullah

KITA KENA MULAKAN DARI HATI

Bila orang pandang rendah pada Anda, sebenarnya itu satu ujian buat hati Anda, satu ujian pada sikap Anda juga. Ada orang, bila dipandang rendah, hatinya jadi panas membara. Dia marah, terasa dirinya diperlekehkan. Maruahnya tercabar, egonya juga tercabar. Ada orang, bila dipandang rendah, dia cool saja. Dia tak berapa amik kisah, tapi dia tahu orang tu siapa dan apa yang dicakapkan olehnya. Dia melupakan yang negatif, mengingat selalu yang positif. Orang yang cool saja biasanya berattitude positif sebab dia tak suka menyemakkan fikiran dengan perasaan sakit hati, dendam, marah atau rasa tak puas hati. Seboleh mungkin dia akan mengelak sikap-sikap negatif sebegitu dari bersarang di hatinya. Anda tergolong dalam kategori mana satu? Sama-sama kita check attitude kita, hati kita. Orang-orang berjaya hati mereka bersih sentiasa, sikap, perangai dan kata-kata mereka baik-baik belaka kerana mereka tahu sikap itu akan mempengaruhi tahap kejayaan mereka. Nak cemerlang, kita kena mulakan dari d

ILMU DAN PEMBELAJARAN

Those who are always learning are those who can ride the waves of change and who see a changing world as full of opportunities rather than dangers.They are the ones most likely to be the survivors in a time of discontinuity.They are also the enthusiasts and the architects of ways and forms and ideas. If you want to change, try learning, or more precisely, if you want to be in control of your change, take learning more seriously. Charles Handy

RENUNG & HAYATILAH...

Ambillah masa untuk berfikir, Fikiran itu adalah sumber kekuasaan. Ambillah masa untuk membaca, Membaca itu asas kebijaksanaan. Ambillah masa untuk bekerja, Kejayaan tidak mungkin dicapai tanpa usaha. Ambillah masa untuk solat, Solat itu kuasa yang paling berkesan. Ambillah masa untuk bermain, Bermain menjadikan kita semakin cergas. Ambillah masa untuk bersedekah, Hidup kita terlalu singkat untuk kepentingan diri semata-mata. Ambillah masa untuk tertawa, Tertawa itu penawar untuk jiwa. Ambillah masa untuk bersahabat, Inilah jalan ke arah kebahagiaan. Ambillah masa untuk berkasih-sayang, Inilah kurniaan Allah Yang Esa ke atas hamba-Nya.

Orang Tak Senang Melihat Kita Senang

Kita boleh terperangkap masuk ke pemikiran negatif tak sampai satu saat sebab kita biasanya cepat naik marah. Orang sekeliling akan berusaha sekuat mungkin membuat kita marah, membuat kita geram. Kekadang sengaja nak mengenakan kita, supaya kita cepat marah. Mereka seronok kacau kita. Bila Anda memilih untuk menjadi sesuatu yang lain dan lari dari kebiasaan, Anda akan berdepan dengan seribu satu kesusahan, halangan, cabaran, tekanan, kemarahan dan kerumitan sebab tak ramai orang suka melihat Anda senang. Tak ramai orang suka melihat Anda berusaha memperbaiki diri Anda. Buka mata, lihat sekeliling Anda lalu fikir, Anda akan setuju dengan apa yang saya kata. Nak lawan fikiran negatif, caranya fokus fikiran 100% pada yang positif! Jangan lawan fikiran negatif, tapi latih diri untuk sentiasa ke arah fikiran positif. Lama-kelamaan diri Anda akan terbiasa berfikiran positif!. Sebab? Apa yang kita lawan, itulah yang akan makin banyak kita dapat. Kita lawan penyakit, kita akan makin banyak da

Perkongsian....ERTI KEJAYAAN

How do you measure success? To laugh often and much; To win the respect of intelligent people and the affection of children; To appreciate beauty; To find the best in others; To leave the world a little better, whether by a healthy child, a garden patch, a redeemed social condition, or ajob well done; To know when one other life has breathed easier because you have lived- This is to have succeeded. Ralph Waldo Emerson - Ahli Falsafah Maksudnya - bagaimana anda mengukur kejayaan?Apakah anda mengukurnya dengan selalu bergelak ketawa, atau anda mengukurnya dengan penghormatan manusia cerdik-pandai terhadap diri anda.Kejayaan juga kadang-kadang diukur dengan kasih sayang kanak-kanak terhadap diri anda.Kejayaan juga mestilah mampu untuk menghargai keindahan dan ini membawa kepada kemampuan untuk melihat kebaikan yang ada pada orang lain.Anda akan merasa berjaya jika anda telah menjadikan dunia ini tempat yang bahagia untuk didiami.Caranya mungkin dengan mengasihi kanak-kanak, menyediakan

Untuk Ibu Bapa....

Sebelum keluar dari rumah, minta anak-anak bersalam dengan ibu bapa mereka terlebih dahulu. (A nda mengajar mereka betapa perlunya mereka menghormati ibu bapa mereka sepanjang masa) � Semasa bersalaman dengan mereka, pastikan mata anda memandang tepat ke mata anak-anak anda dan lemparkan senyuman yang ikhlas kepada mereka. Pastikan juga kedudukan badan anda bersesuaian dengan ketinggian mereka. (Anda memberitahu mereka betapa sayangnya anda akan mereka dan betapa pentingnya mereka dalam hidup anda) � Seboleh yang dapat, hantarlah anak-anak anda sehingga ke muka pintu rumah pengasuh atau pintu bas yang akan dinaiki mereka. (Anda memberitahu mereka bahawa anda mengambil berat akan keselamtan mereka dan bahawa anda adalah ibu bapa yang bertanggungjawab.) � Sebelum berpisah lafazkan ucapan-ucapan yang memberangsangkan mereka seperti �belajar bersungguh-sunguh�, �dengar nasihat guru�, dan sebagainya. (Anda meneyemarakkan semangat mereka untuk menjadi orang yang baik dan berguna dan secar

Belajar Melatih Diri Untuk Sentiasa Bersangka Baik

Masalah, stress, tekanan, pergolakan jiwa semuanya datang dari minda kita. Lebih tepat lagi, ia datang dari minda separa sedar kita kerana semua emosi adalah dari minda separa sedar. Minda kita mempunyai kapasiti untuk menarik masalah, stress, tekanan dan pergolakan datang kepada kita. Sebabnya? Minda kita terbentuk menjadi negatif. Maka, ia menarik situasi-situasi negatif untuk dimunculkan dalam hidup kita. Kita berada dalam suasana negatif tanpa kita sedari kerana perbuatan-perbuatan negatif dah jadi satu kebiasaan pada kita. Sesuatu perlu dilakukan untuk mengubahnya secara total, mengubahnya dengan penuh berkekalan, bukan sekadar sebulan dua sahaja. Jika minda kita ada kapasiti untuk menarik masalah, stress, tekanan dan pergolakan, minda juga boleh menarik kegembiraan, keceriaaan, kebahagiaan dan kedamaian untuk muncul dalam hidup kita. Untuk itu, minda perlu dibentuk, diransang dan didorong menjadi positif . Nak menjadi seorang yang cemerlang, anak cemerlang, ibu bapa cemerlang, te

Kata-kata Motivasi - Berfikiran Positif

"Saya hanya mahu berfikir secara positif, saya cuba sedaya upaya melupakan perkara yang buruk dan biar apa pun yang terjadi, saya akan cuba untuk tidak berfikir secara negatif. Yang utama ialah untuk melihat ke depan, kerana walau anda tidak mengendahkan hari esok, ia tetap akan datang." -Masata Tomozoe......usahawan dan jutawan Jepun-
Image
Awan - kebesaran Allah swt.