SURAT PEKELILING: PERKHIDMATAN BIL. 7 TAHUN 2009

KEMUDAHAN CUTI KURSUS SAMBILAN (CKS)

Kemudahan Cuti Kursus Sambilan (CKS) Kepada Pegawai Yang Mengikut Pengajian Secara Sambilan Di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Dalam Negara
Tarikh Kuatkuasa: 29 Mei 2009

"CUTI KURSUS SAMBILAN" bermaksud cuti tidak berekod yang diluluskan oleh Ketua Jabatan tidak melebihi 30 hari dalam setahun pengajian kepada pegawai yang mengikuti pengajian secara sambilan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara bagi menghadiri kursus intensif.

"KURSUS SECARA SAMBILAN" bermaksud program pengajian di peringkat Diploma, Ijazah Pertama atau Ijazah Lanjutan secara sambilan/separuh masa atau pendidikan jarak jauh (PJJ) di Institusi Pengajian Tinggi di dalam negara.

"INSTITUT PENGAJIAN TINGGI" bermaksud Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi.

"KURSUS INTENSIF" bermaksud kursus yang mewajibkan pegawai mengikutinya secara sepenuh masa.

"KURSUS YANG DIIKTIRAF" bermaksud kursus yang diikuti adalah kursus telah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia melalui Jawatankuasa Tetap Penilaian dan Pengiktirafan Kelayakan (JTPPK) yang mewajibkan pegawai mengikutnya secara penuh masa.

"PEGAWAI" bermaksud semua kategori pegawai yang sedang berkhidmat yang dilantik oleh Suruhanjaya secara tetap.


TEMPOH CUTI KURSUS SAMBILAN (CKS)
Tempoh CKS yang boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan adalah mengikut tempoh sebenar kursus intensif dengan syarat ianya tidak melebihi 30 hari dalam satu tahun pengajian.

Tempoh maksimum CKS bagi setiap permohonan boleh dihadkan oleh Ketua Jabatan bagi memastikan tugas hakiki pegawai tidak terganggu.

Sekiranya pegawai telah mengambil tempoh maksimum CKS dan masih memerlukan cuti tambahan, pegawai perlulah menggunakan baki cuti rehat yang masih ada ataupun memohon Cuti Tanpa Gaji bagi menampung perbezaan tempoh tersebut.

Sekiranya kursus intensif jatuh pada hari Cuti Umum, maka pegawai tidak boleh menuntu CKS sebagai gantian kepada hari tersebut; dan

Kemudahan CKS ini tidak meliputi hari perjalanan pergi dan balik.

JENIS-JENIS KURSUS INTENSIF

Kursus Intensif adalah meliputi modul-modul yang mewajibkan pegawai mengikutnya secara sepenuh masa seperti berikut:

i)     kuliah
ii)    tutorial
iii)   seminar / bengkel / kolokium dan
iv)   latihan amali / latihan industri yang kurang daripada 30 hari

KAEDAH PELAKSANAAN
Tanggungjawab pegawai adalah:

Mendapatkan kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan sebelum memulakan pengajian; dan mengemukakan permohonan CKS kepada Ketua Jabatan beserta dengan dokumen sokongan iaitu surat arahan IPT yang mewajibkan menghadiri kursus intensif.

MAKLUMAT DARIPADA NUTP

Comments

Popular posts from this blog

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (ISMP)

WAWASAN DIRI