Lama sungguh tidak menulis dalam laman blog ku ini...lebih setahun yang lalu....2009 ku tinggalkan dengan pelbagai perkara....2010 adalah tahun yang begitu memberi dugaan kepadaku...Tanggal 19 April 2010, suami tersayang telah kembali ke rahmatullah...Pemergian yang tiba-tiba membuat aku hilang arah...Tinggallah aku bersama anak-anak tanpa ada tempat bergantung lagi..Namun aku pasrah dan redha dengan ketentuan Allah SWT.Semoga tahun 2011 ini lebih memberi aku kekuatan meneruskan kehidupan bersama anak-anak tersayang walaupun aku sendirian tanpa suami tersayang....
SURAT PEKELILING: PERKHIDMATAN BIL. 7 TAHUN 2009
KEMUDAHAN CUTI KURSUS SAMBILAN (CKS) Kemudahan Cuti Kursus Sambilan (CKS) Kepada Pegawai Yang Mengikut Pengajian Secara Sambilan Di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Dalam Negara Tarikh Kuatkuasa: 29 Mei 2009 "CUTI KURSUS SAMBILAN" bermaksud cuti tidak berekod yang diluluskan oleh Ketua Jabatan tidak melebihi 30 hari dalam setahun pengajian kepada pegawai yang mengikuti pengajian secara sambilan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara bagi menghadiri kursus intensif. "KURSUS SECARA SAMBILAN" bermaksud program pengajian di peringkat Diploma, Ijazah Pertama atau Ijazah Lanjutan secara sambilan/separuh masa atau pendidikan jarak jauh (PJJ) di Institusi Pengajian Tinggi di dalam negara. "INSTITUT PENGAJIAN TINGGI" bermaksud Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi. "KURSUS INTENSIF" bermaksud kursus yang mewajibkan pegawai mengikutinya secara sepenuh masa. "KURSUS YANG...
Comments
Post a Comment