PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (ISMP)

  • Berdasarkan keputusan Jemaah Menteri pada 13 Julai 2006, latihan perguruan bagi guru yang akan ditempatkan di sekolah rendah akan dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan di Institut Pendidikan Guru (IPG) manakala latihan bagi guru yang akan dibekalkan ke Sekolah Menengah, Kolej Matrikulasi, Politeknik dan Kolej Komuniti akan dikendalikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).
  • Mulai sesi Akademik 2007/2008 dalam usaha untuk melahirkan Guru Standard Malaysia, seseorang calon yang ingin menceburi bidang profesion perguruan perlulah menduduki dan lulus Ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) dan temu duga bagi melayakkan mereka mengikuti latihan perguruan di IPG. Bagi calon guru sekolah menengah mereka dikehendaki menduduki dan lulus Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) dan temu duga bagi melayakkan mereka mengikuti program ISMP di IPTA.
PERINGATAN:
Apa pun maklumat ini masih tertakluk kepada pindaan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi.

Comments

Popular posts from this blog

SURAT PEKELILING: PERKHIDMATAN BIL. 7 TAHUN 2009

WAWASAN DIRI