Posts

Showing posts from July, 2009

RENUNGKANLAH.....

Ilmu adalah warisan para nabi, manakala harta ialah warisan Qarun dan Firaun. Ilmu boleh menjaga kamu, sedangkan harta itu kamu yang menjaganya. Orang yang memiliki ilmu mempunyai ramai teman, sedangkan pemilik harta mempunyai ramai musuh. Ilmu itu akan bertambah jika diamalkan, sedangkan harta akan berkurangan jika dibelanjakan. Pemilik ilmu akan dihormati, sedangkan pemilik harta dikenali sebagai si kedekut. Di hari kiamat pemilik ilmu akan memberi syafaat, manakala pemilik harta akan dihisab. Biarpun masa berlalu, ilmu tidak akan lapuk tetapi harta itu semakin lama semakin usang. Ilmu dapat menerangi hati, tetapi harta boleh mengeraskan hati. Orang berilmu mengakui dirinya hamba Allah, sedangkan orang berharga mengakui dirinya pemilik. Saidina Ali bin Abu Talib

Terpisah jua....

Awak... Air mata saya tumpah lagi... Mengingati awak dan mengimbas kembali saat akhir bersama awak... Mengimbas kembali saat terakhir melihat awak Di bawa pergi dari saya... Sebab pemergian awak takkan kembali lagi Awak pergi selama-lamanya... Awak... Saya rindukan awak, Saya rindukan gelak ketawa awak... Saya rindukan senyuman awak... Saya rindukan gurauan awak... Saya rindukan segala-galanya tentang awak... Tapi sekarang ni, Semuanya tinggal kenangan... Sebab awak dah tak de lagi.. Awak... Tiada lagi kata-kata semangat... Tiada lagi pandangan yang bernas... Tiada lagi sokongan yang padu... dulu....di saat diri memerlukan pandangan dan sokongan... awak hadir menghulurkan tangan... di saat saya mula hilang arah.... awak hadir bersama tujuan... di saat saya menitiskan mutiara mata... awak hadir dengan senyuman menceriakan... tapi...saat itu tiada lagi... saat itu telah berlalu... saat itu takkan kembali... kerana awak tiada lagi... Awak, hanya doa tanpa putus... sejak dari hari awak per

WAWASAN DIRI

Wawasan diri menjadikan kita manusia yang bertujuan, manusia perancang (planned life) dan manusia yang tahu arah yang hendak ditujunya. Manusia bertujuan ini lebih mengutamakan keutamaan dalam hidupnya, yang mana patut didahului dan yang mana harus dikemudiankan. Hidupnya penuh dengan aktiviti kerana setiap aktiviti yang dilakukan itu untuk memenuhi impiannya. Masa bagi orang yang berwawasan cukup berharga, kerana dia tahu, ruang baginya untuk melepak terbatas. Lagi pula, apa yang dilakukan sekarang akan menentukan apa yang diperolehinya nanti. Terbinanya sebuah wawasan juga membolehkan kita nampak masa depan.Wawasan bukanlah angan-angan Mat Jenin, tetapi adalah sebuah manifesto diri yang mengenal pasti masalah silam, merangka langkah pembaikan dan menentukan matlamat yang diidam-idamkan. Justeru itu, sebuah wawasan diri yang baik membolehkan kita nampak masa depan dan tahu peranan yang bakal kita mainkan. Wawasan diri dapat membina dan mengukuhkan keyakinan dir

KATA-KATA MOTIVASI

Orang yang berhenti tidak akan menang dan orang yang menang tidak akan berhenti. Kita tidak boleh berjaya sekiranya kita mengatakan kita akan gagal. Tun Dr. Mahathir Mohamad Bertekadlah, untuk tidak lagi menoleh ke bawah. Pandang ke atas dan lihat puncak kejayaan yang bakal didaki oleh saudara semua. Menyimpang seinci, rugi seribu batu. Pepatah Cina Jangan buat matlamat dan sasaran yang kabur. Lewis Walke Bermuhasabahlah sebelum saudara dimuhasabahkan si akhirat nanti. Muhammad bin Abdullah

KITA KENA MULAKAN DARI HATI

Bila orang pandang rendah pada Anda, sebenarnya itu satu ujian buat hati Anda, satu ujian pada sikap Anda juga. Ada orang, bila dipandang rendah, hatinya jadi panas membara. Dia marah, terasa dirinya diperlekehkan. Maruahnya tercabar, egonya juga tercabar. Ada orang, bila dipandang rendah, dia cool saja. Dia tak berapa amik kisah, tapi dia tahu orang tu siapa dan apa yang dicakapkan olehnya. Dia melupakan yang negatif, mengingat selalu yang positif. Orang yang cool saja biasanya berattitude positif sebab dia tak suka menyemakkan fikiran dengan perasaan sakit hati, dendam, marah atau rasa tak puas hati. Seboleh mungkin dia akan mengelak sikap-sikap negatif sebegitu dari bersarang di hatinya. Anda tergolong dalam kategori mana satu? Sama-sama kita check attitude kita, hati kita. Orang-orang berjaya hati mereka bersih sentiasa, sikap, perangai dan kata-kata mereka baik-baik belaka kerana mereka tahu sikap itu akan mempengaruhi tahap kejayaan mereka. Nak cemerlang, kita kena mulakan dari d

ILMU DAN PEMBELAJARAN

Those who are always learning are those who can ride the waves of change and who see a changing world as full of opportunities rather than dangers.They are the ones most likely to be the survivors in a time of discontinuity.They are also the enthusiasts and the architects of ways and forms and ideas. If you want to change, try learning, or more precisely, if you want to be in control of your change, take learning more seriously. Charles Handy

RENUNG & HAYATILAH...

Ambillah masa untuk berfikir, Fikiran itu adalah sumber kekuasaan. Ambillah masa untuk membaca, Membaca itu asas kebijaksanaan. Ambillah masa untuk bekerja, Kejayaan tidak mungkin dicapai tanpa usaha. Ambillah masa untuk solat, Solat itu kuasa yang paling berkesan. Ambillah masa untuk bermain, Bermain menjadikan kita semakin cergas. Ambillah masa untuk bersedekah, Hidup kita terlalu singkat untuk kepentingan diri semata-mata. Ambillah masa untuk tertawa, Tertawa itu penawar untuk jiwa. Ambillah masa untuk bersahabat, Inilah jalan ke arah kebahagiaan. Ambillah masa untuk berkasih-sayang, Inilah kurniaan Allah Yang Esa ke atas hamba-Nya.

Orang Tak Senang Melihat Kita Senang

Kita boleh terperangkap masuk ke pemikiran negatif tak sampai satu saat sebab kita biasanya cepat naik marah. Orang sekeliling akan berusaha sekuat mungkin membuat kita marah, membuat kita geram. Kekadang sengaja nak mengenakan kita, supaya kita cepat marah. Mereka seronok kacau kita. Bila Anda memilih untuk menjadi sesuatu yang lain dan lari dari kebiasaan, Anda akan berdepan dengan seribu satu kesusahan, halangan, cabaran, tekanan, kemarahan dan kerumitan sebab tak ramai orang suka melihat Anda senang. Tak ramai orang suka melihat Anda berusaha memperbaiki diri Anda. Buka mata, lihat sekeliling Anda lalu fikir, Anda akan setuju dengan apa yang saya kata. Nak lawan fikiran negatif, caranya fokus fikiran 100% pada yang positif! Jangan lawan fikiran negatif, tapi latih diri untuk sentiasa ke arah fikiran positif. Lama-kelamaan diri Anda akan terbiasa berfikiran positif!. Sebab? Apa yang kita lawan, itulah yang akan makin banyak kita dapat. Kita lawan penyakit, kita akan makin banyak da

Perkongsian....ERTI KEJAYAAN

How do you measure success? To laugh often and much; To win the respect of intelligent people and the affection of children; To appreciate beauty; To find the best in others; To leave the world a little better, whether by a healthy child, a garden patch, a redeemed social condition, or ajob well done; To know when one other life has breathed easier because you have lived- This is to have succeeded. Ralph Waldo Emerson - Ahli Falsafah Maksudnya - bagaimana anda mengukur kejayaan?Apakah anda mengukurnya dengan selalu bergelak ketawa, atau anda mengukurnya dengan penghormatan manusia cerdik-pandai terhadap diri anda.Kejayaan juga kadang-kadang diukur dengan kasih sayang kanak-kanak terhadap diri anda.Kejayaan juga mestilah mampu untuk menghargai keindahan dan ini membawa kepada kemampuan untuk melihat kebaikan yang ada pada orang lain.Anda akan merasa berjaya jika anda telah menjadikan dunia ini tempat yang bahagia untuk didiami.Caranya mungkin dengan mengasihi kanak-kanak, menyediakan

Untuk Ibu Bapa....

Sebelum keluar dari rumah, minta anak-anak bersalam dengan ibu bapa mereka terlebih dahulu. (A nda mengajar mereka betapa perlunya mereka menghormati ibu bapa mereka sepanjang masa) � Semasa bersalaman dengan mereka, pastikan mata anda memandang tepat ke mata anak-anak anda dan lemparkan senyuman yang ikhlas kepada mereka. Pastikan juga kedudukan badan anda bersesuaian dengan ketinggian mereka. (Anda memberitahu mereka betapa sayangnya anda akan mereka dan betapa pentingnya mereka dalam hidup anda) � Seboleh yang dapat, hantarlah anak-anak anda sehingga ke muka pintu rumah pengasuh atau pintu bas yang akan dinaiki mereka. (Anda memberitahu mereka bahawa anda mengambil berat akan keselamtan mereka dan bahawa anda adalah ibu bapa yang bertanggungjawab.) � Sebelum berpisah lafazkan ucapan-ucapan yang memberangsangkan mereka seperti �belajar bersungguh-sunguh�, �dengar nasihat guru�, dan sebagainya. (Anda meneyemarakkan semangat mereka untuk menjadi orang yang baik dan berguna dan secar

Belajar Melatih Diri Untuk Sentiasa Bersangka Baik

Masalah, stress, tekanan, pergolakan jiwa semuanya datang dari minda kita. Lebih tepat lagi, ia datang dari minda separa sedar kita kerana semua emosi adalah dari minda separa sedar. Minda kita mempunyai kapasiti untuk menarik masalah, stress, tekanan dan pergolakan datang kepada kita. Sebabnya? Minda kita terbentuk menjadi negatif. Maka, ia menarik situasi-situasi negatif untuk dimunculkan dalam hidup kita. Kita berada dalam suasana negatif tanpa kita sedari kerana perbuatan-perbuatan negatif dah jadi satu kebiasaan pada kita. Sesuatu perlu dilakukan untuk mengubahnya secara total, mengubahnya dengan penuh berkekalan, bukan sekadar sebulan dua sahaja. Jika minda kita ada kapasiti untuk menarik masalah, stress, tekanan dan pergolakan, minda juga boleh menarik kegembiraan, keceriaaan, kebahagiaan dan kedamaian untuk muncul dalam hidup kita. Untuk itu, minda perlu dibentuk, diransang dan didorong menjadi positif . Nak menjadi seorang yang cemerlang, anak cemerlang, ibu bapa cemerlang, te

Kata-kata Motivasi - Berfikiran Positif

"Saya hanya mahu berfikir secara positif, saya cuba sedaya upaya melupakan perkara yang buruk dan biar apa pun yang terjadi, saya akan cuba untuk tidak berfikir secara negatif. Yang utama ialah untuk melihat ke depan, kerana walau anda tidak mengendahkan hari esok, ia tetap akan datang." -Masata Tomozoe......usahawan dan jutawan Jepun-
Image
Awan - kebesaran Allah swt.