Untuk Ibu Bapa....

Sebelum keluar dari rumah, minta anak-anak bersalam dengan ibu bapa mereka terlebih dahulu. (Anda mengajar mereka betapa perlunya mereka menghormati ibu bapa mereka sepanjang masa)

� Semasa bersalaman dengan mereka, pastikan mata anda memandang tepat ke mata anak-anak anda dan lemparkan senyuman yang ikhlas kepada mereka. Pastikan juga kedudukan badan anda bersesuaian dengan ketinggian mereka. (Anda memberitahu mereka betapa sayangnya anda akan mereka dan betapa pentingnya mereka dalam hidup anda) � Seboleh yang dapat, hantarlah anak-anak anda sehingga ke muka pintu rumah pengasuh atau pintu bas yang akan dinaiki mereka. (Anda memberitahu mereka bahawa anda mengambil berat akan keselamtan mereka dan bahawa anda adalah ibu bapa yang bertanggungjawab.) � Sebelum berpisah lafazkan ucapan-ucapan yang memberangsangkan mereka seperti �belajar bersungguh-sunguh�, �dengar nasihat guru�, dan sebagainya. (Anda meneyemarakkan semangat mereka untuk menjadi orang yang baik dan berguna dan secara tidak langsung anda merangsang persediaan mereka untuk menerima pelajaran pada hari tersebut) � Lambaikan tangan anda kepada mereka sebelum beredar. (Anda menyatakan kasih anda yang tidak berpenghujung sama ada ketika bersama mereka atau tidak. Kasih anda itu menyemarakkan motivasi dalam diri mereka)

Comments

Popular posts from this blog

SURAT PEKELILING: PERKHIDMATAN BIL. 7 TAHUN 2009

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (ISMP)

WAWASAN DIRI