Posts

KEMAAFAN DIPOHON....

Maaf, lama tak update blog. Sibuk sangat..

4 LANGKAH BAGAIMANA MENGEKALKAN KESAN PERUBAHAN POSITIF DALAM DIRI

1. Tekad untuk bersikap positif, berfikiran positif sepanjang masa. Elak segala yang negatif walaupun sedikit ( cakapan negatif, fikiran negatif, sikap negatif, tindakan negatif). Unsur negatif yang sedikit akan menghilangkan sikap positif serta merta. Sikap positif akan membuat Anda dapat mengekalkan perubahan dalam diri lantas menyerapnya menjadi sebahagian daripada tabiat biasa. Sikap negatif, walaupun sedikit, akan melunturkan perubahan yang dibina. Selagi sikap negatif tidak dikurangkan, selagi itu kita akan mengalami kesukaran untuk mengekalan kesan perubahan. 2. Disiplin. Jaga disiplin, latih diri berdisiplin dalam mengekalkan perubahan yang dicipta. Sesudah berubah, jika perubahan, kekalkannya dengan disiplin. Disiplin yang terjaga akan membentuk peribadi tersendiri. 3. Ransang diri dengan cakapan-cakapan positif di dalam hati. Ingat kisah-kisah kejayaan orang lain yang pernah Anda baca. Bayangkan bagaimana kecekalan mereka. Jika mereka boleh membentuk kecekalan hati,...

MENCARI MALAM YANG LEBIH BAIK DARIPADA SERIBU BULAN

Kasih sayang Allah terhadap hamba-Nya tidak terbatas dengan penciptaan alam dan segala isinya. Malah hamba-Nya dikurniakan pula dengan satu malam yang amat istimewa iaitu Lailatulqadar atau malam yang amat bernilai. Firman Allah S.W.T. dalam surah al-Qadr ayat 3, yang bermaksud: "Malam Lailatulqadar itu lebih baik daripada seribu bulan". Bagi mereka yang ingin mendapatkan keredhaan dan pahala yang banyak dan berganda, maka malam ini amat ditunggu-tunggu. Satu malam beribadat sama pahala dan ganjarannya seperti beribadat selama seribu bulan. Dengan kata lain, sesiapa yang dapat beribadat pada malam tersebut, seolah-olah telah beribadah selama 83 tahun 4 bulan. Betapa besar dan hebatnya nikmat kasih sayang Allah kepada hamba-Nya. Bagi mereka yang tahu menghargainya, ia adalah hadiah yang tidak ternilai, satu kurniaan daripada Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Persoalannya, bilakah berlakunya Lailatulqadar? Itulah persoalan yang sering menjadi tanda tanya. Dalam sebu...

SUCIKAN JIWA

Bulan Ramadhan adalah masa terbaik untuk kita menyucikan jiwa. Inilah masa untuk melentur jiwa supaya patuh dan taat pada perintah Allah. Jiwa yang selama ini melakukan maksiat kepada Allah, perlu disucikan. Tidak ada peluang yang lebih baik untuk mensucikan diri selain Ramadhan kerana di bulan yang penuh dengan limpahan keberkatan ini, syaitan dibelenggu sebagai tanda kemuliaan Ramadhan. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud: "Apabila datang Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai/dibelenggu para syaitan". (HR al-Bukhari dan Muslim) Jiwa kita diumpamakan sebagai sebuah mentol yang terang. Namun setiap kali kita melakukan dosa dan maksiat, satu titik hitam akan melekat ke dalam hati dan jiwa kita. Lama kelamaan mentol yang bersinar terang itu akan dilitupi oleh titik hitam sehingga mentol yang terang itu tidak dapat lagi menembuskan cahayanya. Begitulah jiwa kita yang perlu dibersih...

RENUNGKANLAH.....

Ilmu adalah warisan para nabi, manakala harta ialah warisan Qarun dan Firaun. Ilmu boleh menjaga kamu, sedangkan harta itu kamu yang menjaganya. Orang yang memiliki ilmu mempunyai ramai teman, sedangkan pemilik harta mempunyai ramai musuh. Ilmu itu akan bertambah jika diamalkan, sedangkan harta akan berkurangan jika dibelanjakan. Pemilik ilmu akan dihormati, sedangkan pemilik harta dikenali sebagai si kedekut. Di hari kiamat pemilik ilmu akan memberi syafaat, manakala pemilik harta akan dihisab. Biarpun masa berlalu, ilmu tidak akan lapuk tetapi harta itu semakin lama semakin usang. Ilmu dapat menerangi hati, tetapi harta boleh mengeraskan hati. Orang berilmu mengakui dirinya hamba Allah, sedangkan orang berharga mengakui dirinya pemilik. Saidina Ali bin Abu Talib

Terpisah jua....

Awak... Air mata saya tumpah lagi... Mengingati awak dan mengimbas kembali saat akhir bersama awak... Mengimbas kembali saat terakhir melihat awak Di bawa pergi dari saya... Sebab pemergian awak takkan kembali lagi Awak pergi selama-lamanya... Awak... Saya rindukan awak, Saya rindukan gelak ketawa awak... Saya rindukan senyuman awak... Saya rindukan gurauan awak... Saya rindukan segala-galanya tentang awak... Tapi sekarang ni, Semuanya tinggal kenangan... Sebab awak dah tak de lagi.. Awak... Tiada lagi kata-kata semangat... Tiada lagi pandangan yang bernas... Tiada lagi sokongan yang padu... dulu....di saat diri memerlukan pandangan dan sokongan... awak hadir menghulurkan tangan... di saat saya mula hilang arah.... awak hadir bersama tujuan... di saat saya menitiskan mutiara mata... awak hadir dengan senyuman menceriakan... tapi...saat itu tiada lagi... saat itu telah berlalu... saat itu takkan kembali... kerana awak tiada lagi... Awak, hanya doa tanpa putus... sejak dari hari awak per...

WAWASAN DIRI

Wawasan diri menjadikan kita manusia yang bertujuan, manusia perancang (planned life) dan manusia yang tahu arah yang hendak ditujunya. Manusia bertujuan ini lebih mengutamakan keutamaan dalam hidupnya, yang mana patut didahului dan yang mana harus dikemudiankan. Hidupnya penuh dengan aktiviti kerana setiap aktiviti yang dilakukan itu untuk memenuhi impiannya. Masa bagi orang yang berwawasan cukup berharga, kerana dia tahu, ruang baginya untuk melepak terbatas. Lagi pula, apa yang dilakukan sekarang akan menentukan apa yang diperolehinya nanti. Terbinanya sebuah wawasan juga membolehkan kita nampak masa depan.Wawasan bukanlah angan-angan Mat Jenin, tetapi adalah sebuah manifesto diri yang mengenal pasti masalah silam, merangka langkah pembaikan dan menentukan matlamat yang diidam-idamkan. Justeru itu, sebuah wawasan diri yang baik membolehkan kita nampak masa depan dan tahu peranan yang bakal kita mainkan. Wawasan diri dapat membina dan mengukuhkan keyakinan dir...