- Get link
- X
- Other Apps
SURAT PEKELILING: PERKHIDMATAN BIL. 7 TAHUN 2009
KEMUDAHAN CUTI KURSUS SAMBILAN (CKS) Kemudahan Cuti Kursus Sambilan (CKS) Kepada Pegawai Yang Mengikut Pengajian Secara Sambilan Di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Dalam Negara Tarikh Kuatkuasa: 29 Mei 2009 "CUTI KURSUS SAMBILAN" bermaksud cuti tidak berekod yang diluluskan oleh Ketua Jabatan tidak melebihi 30 hari dalam setahun pengajian kepada pegawai yang mengikuti pengajian secara sambilan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara bagi menghadiri kursus intensif. "KURSUS SECARA SAMBILAN" bermaksud program pengajian di peringkat Diploma, Ijazah Pertama atau Ijazah Lanjutan secara sambilan/separuh masa atau pendidikan jarak jauh (PJJ) di Institusi Pengajian Tinggi di dalam negara. "INSTITUT PENGAJIAN TINGGI" bermaksud Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi. "KURSUS INTENSIF" bermaksud kursus yang mewajibkan pegawai mengikutinya secara sepenuh masa. "KURSUS YANG...