Posts

SURAT PEKELILING: PERKHIDMATAN BIL. 7 TAHUN 2009

KEMUDAHAN CUTI KURSUS SAMBILAN (CKS) Kemudahan Cuti Kursus Sambilan (CKS) Kepada Pegawai Yang Mengikut Pengajian Secara Sambilan Di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Dalam Negara Tarikh Kuatkuasa: 29 Mei 2009 "CUTI KURSUS SAMBILAN" bermaksud cuti tidak berekod yang diluluskan oleh Ketua Jabatan tidak melebihi 30 hari dalam setahun pengajian kepada pegawai yang mengikuti pengajian secara sambilan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara bagi menghadiri kursus intensif. "KURSUS SECARA SAMBILAN" bermaksud program pengajian di peringkat Diploma, Ijazah Pertama atau Ijazah Lanjutan secara sambilan/separuh masa atau pendidikan jarak jauh (PJJ) di Institusi Pengajian Tinggi di dalam negara. "INSTITUT PENGAJIAN TINGGI" bermaksud Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi. "KURSUS INTENSIF" bermaksud kursus yang mewajibkan pegawai mengikutinya secara sepenuh masa. "KURSUS YANG...

WORLD TEACHERS DAY 2009 "BUILD THE FUTURE: INVEST IN TEACHERS NOW"

5 October is a day to celebrate teachers and the central role play in guiding children, youths and adults through the life-long learning process. This year, World Teachers' Day will focus on the role of teachers within the context of the global financial and economic crisis and the need to invest in teachers now a means to secure post-crisis regeneration. It is critical, during these difficult times, to seek mechanisms that protect the teaching profession. It is also crucial, despite the crisis, to ensure that investment in teachers is sufficient and proportionate to the demands made upon them. It is the teaching force with its knowledge, experience and foresight which can bring new insights to global solutions.

BERMULANYA CUTI AKHIR TAHUN......

HARI INI BERMULANYA CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN..... NAMA JE CUTI TAPI KERJA TETAP ADA UNTUK PERSEDIAAN TAHUN HADAPAN... JADI....CUTI NI KENALAH KE SEKOLAH JUGA..... APA NAK DIKATA... ITULAH TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH YANG PERLU DIPIKUL... SMOGA SAYA AKAN LEBIH TABAH.....INSYAALLAH...

HIKMAH SENYUMAN

Image
Senyuman itu sedekah. Senyuman adalah sifat dan nilai keperibadian seorang insan yang mulia. Senyuman adalah penawar yang mujarab. Senyuman membisikkan doa selamat. Senyuman membuahkan perasaan kasih sayang.      Senyuman adalah kunci kedamaian.

KEMAAFAN DIPOHON....

Maaf, lama tak update blog. Sibuk sangat..

4 LANGKAH BAGAIMANA MENGEKALKAN KESAN PERUBAHAN POSITIF DALAM DIRI

1. Tekad untuk bersikap positif, berfikiran positif sepanjang masa. Elak segala yang negatif walaupun sedikit ( cakapan negatif, fikiran negatif, sikap negatif, tindakan negatif). Unsur negatif yang sedikit akan menghilangkan sikap positif serta merta. Sikap positif akan membuat Anda dapat mengekalkan perubahan dalam diri lantas menyerapnya menjadi sebahagian daripada tabiat biasa. Sikap negatif, walaupun sedikit, akan melunturkan perubahan yang dibina. Selagi sikap negatif tidak dikurangkan, selagi itu kita akan mengalami kesukaran untuk mengekalan kesan perubahan. 2. Disiplin. Jaga disiplin, latih diri berdisiplin dalam mengekalkan perubahan yang dicipta. Sesudah berubah, jika perubahan, kekalkannya dengan disiplin. Disiplin yang terjaga akan membentuk peribadi tersendiri. 3. Ransang diri dengan cakapan-cakapan positif di dalam hati. Ingat kisah-kisah kejayaan orang lain yang pernah Anda baca. Bayangkan bagaimana kecekalan mereka. Jika mereka boleh membentuk kecekalan hati,...

MENCARI MALAM YANG LEBIH BAIK DARIPADA SERIBU BULAN

Kasih sayang Allah terhadap hamba-Nya tidak terbatas dengan penciptaan alam dan segala isinya. Malah hamba-Nya dikurniakan pula dengan satu malam yang amat istimewa iaitu Lailatulqadar atau malam yang amat bernilai. Firman Allah S.W.T. dalam surah al-Qadr ayat 3, yang bermaksud: "Malam Lailatulqadar itu lebih baik daripada seribu bulan". Bagi mereka yang ingin mendapatkan keredhaan dan pahala yang banyak dan berganda, maka malam ini amat ditunggu-tunggu. Satu malam beribadat sama pahala dan ganjarannya seperti beribadat selama seribu bulan. Dengan kata lain, sesiapa yang dapat beribadat pada malam tersebut, seolah-olah telah beribadah selama 83 tahun 4 bulan. Betapa besar dan hebatnya nikmat kasih sayang Allah kepada hamba-Nya. Bagi mereka yang tahu menghargainya, ia adalah hadiah yang tidak ternilai, satu kurniaan daripada Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Persoalannya, bilakah berlakunya Lailatulqadar? Itulah persoalan yang sering menjadi tanda tanya. Dalam sebu...